Friday 21 December 2012

Avenged Sevenfold Bersedia Menggegarkan Studio Januari Ini + Album Baru Secara Terperinci

Avenged Sevenfold sudah bersedia untuk masuk ke studio pada bulan depan untuk merakamkan album yang merupakan kesinambungan kepada album Nightmare.  Matt Shadows bercakap kepada NME yang mengesahkan kumpulan ini akan merakamkan album baru pada Januari ini.


Avenged Sevenfold mengesahkan akan masuk ke studio untuk merakamkan album kesinambungan daripada album Nightmare.

Vokalis Matt Shadows mengesahkan kepada NME bahawa album keenam mereka sudah sedia untuk direkod. "Album ini akan memberi lebih sedikit aluran yang tersusun". "Penambahbaikan yang lebih kepada album ini, kami fokuskan kepada bunyi Riff yang lebih besar. Jadi ini yang patut kami teruskan - setiap lagu mempunyai bunyi Riff yang hebat dan mempunyai alurannya yang tersendiri".

Bercakap tentang permainan video (Call of Duty Black Ops 2), Matt Shadows membongkarkan bahawa mereka sangat berbesar hati kerana dipilih untuk merekodkan lagu 'Carry On' untuk permainan video tersebut. 


**Jadi album keenam Avenged Sevenfold akan mula direkodkan pada Januari ini dan dijangka akan keluar di pasaran pada musim panas nanti / pertengahan tahun. Pengesahan Matt Shadows bahawa album keenam ini adalah kesinambungan kepada album Nightmare diharap dapat menghasilkan bunyi gitar dan screamo Matt tidak pernah berubah. Di samping itu Matt menjanjikan bunyi Riff yang lebih banyak di dalam setiap lagu yang akan direkodkan nanti. Diharap album keenam ini tidak bersifat mainstream seperti perubahan drastik yang dilakukan kumpulan-kumpulan lain. 

-Deathbater-

No comments:

Post a Comment