Friday 21 December 2012

Avenged Sevenfold Bersedia Menggegarkan Studio Januari Ini + Album Baru Secara Terperinci

Avenged Sevenfold sudah bersedia untuk masuk ke studio pada bulan depan untuk merakamkan album yang merupakan kesinambungan kepada album Nightmare.  Matt Shadows bercakap kepada NME yang mengesahkan kumpulan ini akan merakamkan album baru pada Januari ini.


Avenged Sevenfold mengesahkan akan masuk ke studio untuk merakamkan album kesinambungan daripada album Nightmare.

Vokalis Matt Shadows mengesahkan kepada NME bahawa album keenam mereka sudah sedia untuk direkod. "Album ini akan memberi lebih sedikit aluran yang tersusun". "Penambahbaikan yang lebih kepada album ini, kami fokuskan kepada bunyi Riff yang lebih besar. Jadi ini yang patut kami teruskan - setiap lagu mempunyai bunyi Riff yang hebat dan mempunyai alurannya yang tersendiri".

Bercakap tentang permainan video (Call of Duty Black Ops 2), Matt Shadows membongkarkan bahawa mereka sangat berbesar hati kerana dipilih untuk merekodkan lagu 'Carry On' untuk permainan video tersebut. 


**Jadi album keenam Avenged Sevenfold akan mula direkodkan pada Januari ini dan dijangka akan keluar di pasaran pada musim panas nanti / pertengahan tahun. Pengesahan Matt Shadows bahawa album keenam ini adalah kesinambungan kepada album Nightmare diharap dapat menghasilkan bunyi gitar dan screamo Matt tidak pernah berubah. Di samping itu Matt menjanjikan bunyi Riff yang lebih banyak di dalam setiap lagu yang akan direkodkan nanti. Diharap album keenam ini tidak bersifat mainstream seperti perubahan drastik yang dilakukan kumpulan-kumpulan lain. 

-Deathbater-

Wednesday 21 November 2012

Metal Hammer : M.Shadows Bercakap Tentang Album Baru "Mempunyai Pengaruh Lebih Black Sabbath/Led Zeppelin"

Selamat Pagi Malaysia Avengers

Matt Shadows berkata kepada majalah Metal Hammer tentang lagu "Carry On" iaitu sebuah lagu tema untuk permainan video Call of Duty : Black ops 2, album Avenged Sevenfold yang baru dan di mana lagu dalam album tersebut akan dimainkan buat julung kalinya.


We also asked him whether he felt Carry On reflected where the band are musically at the moment.
“I would look at it as a one-off, and to tell the truth it sounds nothing like the album,” he admits. “This song had to be done quick, and it couldn’t be a long song, and we wanted to make it fun. The new album has a lot more of a Sabbath/Zeppelin feel to it than Carry On. There’s definitely more Sabbath in what we’re writing, and we’re proud of Carry On, but this album is going to be on a whole new level.
We’re halfway through [writing the new album],” he continues. “We’re shooting for late January-early February [to head into the studio] and to have the album out in the Summer. I’m pretty sure, with what I’ve been told already, we’re looking to go overseas first, so you guys will be seeing it before everyone else!”



* Avenged Sevenfold sudah berada pada separuh jalan untuk menyiapkan album baru mereka dan akan dikeluarkan pada musim panas bersamaan tahun depan.  Tambahan lagi album ini akan dimainkan buat kali pertama di luar USA.  adakah tour di Malaysia juga? tidak pasti kerana kebanyakan musim panas konsert banyak berlangsung di sekitar eropah seperti Rock Am Ring di Jerman.






Tuesday 20 November 2012

Selamat Hari Lahir ke 28 Johnny Christ!!

Hai kepada semua Avengers Malaysia di luar sana!

Deathbat News Malaysia ingin mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran Johnny Christ yang ke 28 pada 18 November lalu.  Maaf kerana kami sedikit lewat untuk mengucapkan selamat kepada anda Johnny :D

Kami daripada Deathbat News Malaysia ingin mengucapkan semoga panjang umur dan sukses dalam kerjaya anda sebagai bassist yang hebat










Wednesday 25 July 2012

Avenged Sevenfold Sedang mencari Die-Hard Fans

Selamat petang Avengers!

Avenged Sevenfold sedang memburu sebilangan Die-Hard Fans di seluruh dunia.  Jika anda dapat membuktikan diri anda, anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah yang tidak diketahui nilainya.  Baca di bawah untuk mengetahui maklumat lanjut tentang carian ini.

Kami sedang mencari sebilangan Die-Hard Avenged Sevenfold Fans di seluruh dunia.  Sila post gambar anda di twitter/instagram #A7Xdiehard untuk berpeluang memenangi sesuatu.  Pastikan twitter/instagram anda dan email sudah didaftarkan di laman Avenged Sevenfold.