Saturday, 21 July 2012

WJJR "Pemain Gitar Terbaik Era JJR" undian : Synyster Gates VS Mark Tremonti

Selamat petang Avengers!

101one WJRR sekarang ini sedang membuka undian "Pemain Gitar Terbaik Era JJR (1993-sekarang)" dan Synyster Gates menentang Mark Tremonti (Creed, Alterbridge) untuk tempat "Pemain Gitar Terbaik".  Undian akan ditutup pada tengah malam 23 Julai 2012.  Pastikan anda semua mengundi.

Terima kasih kepada Lindsey untuk makluman ini.



Synyster Gates

Mark Tremonti

Thursday, 19 July 2012

Rock Band Blitz mengumumkan Tambahan lagu Baru Avenged Sevenfold

Selamat Petang Avengers!

Harmonix mengumumkan Rock Band Blitz akan datang bulan depan dengan lagu "So Far Away" daripada Avenged Sevenfold sebagai salah satu daripada empat lagu yang ditambah.  Anda boleh membuat pembelian di Playstation Network pada 28hb Ogos ini pada harga $15 dan melalui XBox Live Arcade pada 29 Ogos untuk 1200 mata @ $15 juga.


Rock Band Blitz

-Deathbater-

Friday, 13 July 2012

Temubual Music of The Round Table bersama Matt Shadows dan Synyster Gates di Thailand

Selamat pagi Avengers Malaysia!

Music of The Round Table duduk bersama Matt Shadows dan Synyster Gates dalam satu temubual selepas persembahan Avenged Sevenfold di Thailand untuk bercakap sedikit tentang bagaimana kumpulan ini menggubah lagu, menulis lagu, meningkatkan kualiti persembahan secara langsung, bagaimana kumpulan ini mengisi masa lapang sepanjang Asian Tour, bagaimana tentang persembahan mereka di Thailand, nasihat kepada pemuzik-pemuzik muda dan banyak lagi.  Anda boleh melihat temubual ekslusif ini dalam dua bahagian iaitu bahagian 1 dan bahagian 2 atau klik pada gambar di bawah.

-Deathbater-





Wednesday, 11 July 2012

Selamat Hari Lahir Synyster Gates!!

Selamat petang Avengers! 

Selamat ulang tahun kelahiran Synyster Gates yang ke 31 yang disambut pada 4 hari yang lalu iaitu pada 7 Julai 2012. Hari ini sudah masuk tanggal 11 Julai 2012. 





 Untuk maklumat Avengers semua Deathbatnews Malaysia mula beroperasi sepenuhnya pada 10 Julai 2012 dan hari ini merupakan hari kedua bagi DBN Malaysia. Kami berharap laman ini akan tetap menjadi rujukan Avengers2 di luar sana. Sekian 

 -Deathbater-